1. Hadiah ke-3
Sayembara Penulisan Puisi
Anjuran Kelab Sastera USM
karya: Puisi 'Kebangkitan 11'
1980
2. Hadiah Penghargaan
Hadiah Sastera Utusan - Public Bank
Karya: Puisi 'Di Hutan Kota'
1986
3. Hadiah Penghargaan
Peraduan Menulis Novel Fiksyen Sains
karya: Novel fiksyen sains remaja: Rerama Bermata Merah
1987
4. Hadiah Utama
Hadiah Sastera Utusan - Public Bank
karya: Novel Remaja: Jambatan Kasih
1989
5. Hadiah Penghargaan
Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP
karya: Novel Kanak-kanak: Cucu Tuk Dalang
1991
6. Hadiah Utama
Hadiah Sastera Utusan - Public Bank
karya: Novel Remaja: Dari Padang Hijau
1991
7. Hadiah Utama
Hadiah Sastera Utusan - Public Bank
karya: Novel Remaja: Semesra Kotaku
1992
8. Hadiah Utama
Hadiah Sastera Utusan - Public Bank
karya: Novel Remaja: 'Ladang, Keringat dan Cinta'
1993
9. Hadiah Penghargaan
Hadiah Sastera Utusan - Public Bank
karya: Novel Remaja: Meredah Onak
1994
(Nota: Novel remaja ini kemudian diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris dengan judul 'Braving The Waves' dan dipilih oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia sebagai antara karya sastera popular Malaysia untuk tujuan pasaran eksport)
10. Hadiah Penghargaan
Peraduan Menulis Novel Remaja DBP
karya: Novel fiksyen sains remaja: Sisa-sisa Planet
1993
11. Hadiah Penghargaan
Peraduan Menulis Puisi Jubli Perak Seri Amar
karya: Puisi: Jejak Sang Tokoh
1999
12. Hadiah Utama
Peraduan Mencipta Puisi Negeri Terengganu
Anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama DBP
2006
13. Hadiah Utama
Peraduan Penulisan Esei Pertanian
Anjuran Kementerian Pertanian - DBP
2004
14. Hadiah Utama
Peraduan Menulis Puisi
Anjuran Biro Antidadah Kebangsaan peringkat Hulu Terengganu
karya: Puisi: Masih Ada Waktu
15. Hadiah Utama
Pertandingan Penulisan Esei
Anjuran Bahagian Agama dan Dakwah Kementerian Pelajaran Malaysia
2003
16. Hadiah Utama
Pertandingan Menulis Cerpen Hari Guru Malaysia
karya: cerpen: Petaka H1N1
2004
17. Hadiah Utama (Bersama)
Peraduan Menulis Formula Malaysia (Kategori Esei)
2000
Wednesday, 25 April 2012
Biodata Zailiani Taslim
Dilahirkan pada 26 April 1959 di Batu 6 1/4 Jalan Meru, Kelang tetapi sejak berusia 14 tahun meneruskan penghidupan di Batu 3 1/2 Jalan Tap, Meru Barat, Kelang. Berupakan anak ke-3 daripada 9 orang adik-beradik.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Meru, Kelang dari 1967 hingga 1971. Kemudian menyambung pembelajaran menengah di Sekolah Menengah Tengku Idris Shah, Kapar, Kelang dan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun 1976.
Diterima masuk ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak dalam jurusan Pengajian Melayu dan Pendidikan Seni pada sesi pengajian 1979/1980 dan memperoleh Sijil Perguruan (kemudian dinaikkan taraf menjadi Diploma Perguruan Malaysia).
Mengajar di banyak sekolah dengan memulakan kerjaya perguruannya pada 1981 di SMJK Chung Hwa, Kuala Lipis, Pahang; Sekolah Menengah Dato' Haji Kamaruddin, Kuala Kubu Bharu, Selangor; Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Shah, Batang Berjuntai, Kuala Selangor, Selangor; dan Sekolah Menengah Kebangsaan Landas, Hulu Terengganu, Terengganu.
Manakala perkhidmatan perguruannya di sekolah rendah bermula di SK LKTP Jerangau Barat, Ajil, Terengganu; SK LKTP Bukit Bading, Ajil, Terengganu, sebelum bersara di Sekolah Kebangsaan Cheting, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu dengan menjawat jawatan Penolong Kanan Kokurikulum.
Menggilap bakat dalam bidang penulisan seawal usia 13 tahun di akhbar-akhbar dan majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Utusan Melayu Malaysia Berhad, Star Publication Sdn. Bhd., Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd., Creative Enterprise Sdn. Bhd., Peneroka, Berita Darul Iman, Ober, Jurnal PSMCT dan Jendela Timur.
Aktif dalam lapangan penulisan dan menjuruskan penciptaan puisi kanak-kanak (menerbitkan 1 set puisi berkenaan, dengan Penerbit Delta, Petaling Jaya), pantun (menerbitkan 2 set pantun iaitu 1 set dengan Penerbit Jaya Bakti, Kuala Lumpur dan senaskhah dengan Penerbit Eductech, Petaling Jaya), fiksyen sains (menerbitkan 2 set genre berkaitan, dengan Penerbit Uni-text, Petaling Jaya), novel kanak-kanak (penglibatan terawal dengan Penerbit Abbas Bandong, Melaka), novel remaja (diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur; Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Eastern Universities Press Sdn. Bhd., Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd., Tra-tra Sdn. Bhd., Penerbit Prisma Sdn. Bhd., IBS Buku Sdn. Bhd., Cerdik Publications Sdn. Bhd., Teks Publishing Sdn. Bhd., Marwilis Publisher Sdn. Bhd.,
Nota: Pantun berjudul 'Berjimat Cermat' terpilih sebagai KOMSAS bagi Tingkatan 1 2010, 'Muhibah dan Perpaduan' KOMSAS Tingkatan 2 2011 dan 'Muafakat' dalam KOMSAS bagi Tingkatan 3 2012.
Kini menulis secara sepenuh masa di pelbagai penerbitan bercetak tanah air. Beliau turut menggarap puisi dewasa dan karyanya banyak diantalogikan secara bersama dengan penulis-penulis lain dalam buku-buku genre itu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan rhythm Conslidated Sdn. Bhd.
Bergiat dalam PSMCT dan Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA).
Subscribe to:
Posts (Atom)